MEMILIKI ketinggian fizikal mencecah 189 sentimeter menjadi satu cabaran buat penyanyi Imran Ajmain, terutama ketika dia berdepan situasi sering menjadi tumpuan ramai.
Imran atau nama sebenarnya Ahmad Imranullah Ahmad Husaini Ajmain, 45, berkata meskipun ketinggian sering dianggap satu kelebihan, ia tidak semestinya memberi pengalaman yang mudah, lebih-lebih lagi bagi individu yang pemalu dan bersifat introvert.
Menurutnya, rasa kurang selesa dengan perhatian orang ramai ketika itu membuatkan dia sering cuba ‘merendahkan’ diri secara fizikal, termasuk membongkok ketika bergambar.

Luahan Imran yang dimuat naik di Threads miliknya.





