ANAK kepada penyanyi Ameng Spring iaitu Ammar Haikal mendedahkan bapanya tidak membenarkan dia untuk menyanyikan semula lagu nyanyiannya ketika membuat persembahan.
Menurut Ammar, 19, keputusan itu dibuat bagi membolehkan dia membina identiti sendiri dalam industri muzik tanpa bergantung kepada nama besar bapanya itu.
“Buat masa sekarang belum lagi (nyanyi semula lagu Ameng). Ayah tak benarkan saya menyanyi lagu Ameng Spring. Dia kata tak nak saya nampak ada unsur Ameng.

Ammar maklumkan perkara itu ketika ditemui media.






