ISTERI kepada pelakon Azlan Komeng mendedahkan dia menerima ugutan bunuh daripada netizen selepas video siaran langsung bersama Ira Kazar tular di media sosial.
Bimbang dengan ugutan diterima itu, Nilam atau nama sebenarnya Nur Nilam Ortiz berkata dia dan suami sepakat membuat laporan polis sebagai perlindungan diri.
Kata Nilam lagi, dia tidak menyangka ramai yang kurang senang melihat kehadiran isteri pengarah Syamsul Yusof itu dalam siaran langsung berkenaan sehinggakan namanya turut terpalit.







