YAYASAN Nurjiwa yang diasaskan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meneruskan misi bantuan kecemasan ke Aceh Tamiang, Indonesia susulan bencana banjir besar dan tanah runtuh yang melanda wilayah itu pada hujung bulan lalu.
Misi kemanusiaan berkenaan digerakkan sebagai tanda solidariti terhadap saudara serumpun yang terjejas dengan menyalurkan bantuan asas serta sokongan moral hasil sumbangan rakyat Malaysia.
Dalam satu perkongsian di Instagram rasmi Yayasan Nurjiwa, pihaknya menekankan bahawa nilai kemanusiaan menjadi teras utama setiap gerak kerja yang dilaksanakan, tanpa mengira jarak dan sempadan negara.

Misi kemanusiaan Yayasan Nurjiwa di Aceh Tamiang membawa harapan buat saudara serumpun.





