PENYANYI Aisha Retno mendapat pelbagai reaksi selepas namanya diumumkan sebagai watak utama dalam pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM), termasuk segelintir pihak yang mempertikaikan penampilannya memakai pendakap gigi.
Menjawab perkara tersebut, Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, memberitahu dia sudah mencapai tempoh yang cukup untuk menggunakan pendakap gigi.
“Pendakap gigi saya sudah sampai masa untuk dicabut paling awal Julai ini.

Aisha tampil memberi respons di Threads.






