MENJIWAI watak berat bukan perkara baharu buat pelakon June Lojong, namun penglibatannya dalam filem seram berjudul Polong nyata memberi kesan mendalam sehingga terbawa-bawa ke luar set penggambaran.
June, 47, yang memegang watak Maria Hadi mengakui aura seram watak tersebut ‘mengikuti’ dirinya hingga ke rumah meskipun tidak pernah berdepan gangguan mistik secara fizikal.
"Rasa seram itu ada tapi tidaklah terima apa-apa gangguan.

June sifatkan watak Maria Hadi sangat berat untuk didalami.






