PELAKON Shia LaBeouf diarahkan menjalani program pemulihan selepas ditahan ketika sambutan Mardi Gras di New Orleans, Amerika Syarikat pada Februari lalu.
Menurut laporan Page Six, dalam sidang perbicaraan baru-baru ini, hakim Simone Levine mempertikaikan sama ada pelakon berusia 40 tahun itu benar-benar komited untuk menangani masalah alkohol yang didakwa.
Permintaan LaBeouf untuk melakukan perjalanan ke Rom ditolak, manakala ikat jamin ditetapkan sebanyak $100,000 (RM393,000).

Shia ditahan kerana menyerang seorang lelaki di New Orleans.





