PELAWAK Tauke Jambu tidak menyangka idea spontan membuka kedai lempeng di Pasir Penambang, Kuala Selangor mendapat sambutan luar biasa.
Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 49, berkata perniagaan itu pada awalnya hanya bermula daripada kenangan zaman kecil yang membuatkan dia teringat masakan ibunya.
"Sebenarnya lempeng ini makanan nostalgia masa kecil. Satu hari saya teringat mak selalu buatkan untuk hidangan minum petang.

Tauke amalkan konsep berniaga sambil beribadah.






