PENYANYI Syamel meluahkan rasa terkilan apabila tidak dapat menghadiri konsert GenKRU The Finale: One More Time susulan pertindihan jadual dengan showcase eksklusif Pertama – A New Journey Together with Me, Syamel di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC) pada malam Sabtu.
Menurut Syamel atau Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 32, apa yang paling membuatkan hatinya lebih berat kerana tidak dapat menyaksikan persembahan Edry Abdul Halim iaitu anggota KRU yang sudah dianggap sebagai mentor dan tulang belakang perjalanan seninya sejak menyertai Akademi Fantasia 2015.
"Sejujurnya saya kecewa kerana tak pernah terlepas konsert KRU sebelum ini. Edry pula orang yang begitu penting dalam perjalanan kerjaya saya.

Syamel ketika membuat persembahan di showcase sulungnya.






