KETIKA gosip cinta mereka hangat diperkatakan netizen, tiba-tiba muncul dakwaan kononnya personaliti media sosial Aisar Khaled sekadar mahu menumpang populariti influencer dari Indonesia iaitu Fuji.
Perkara itu dibangkitkan netizen selepas Aisar atau Aisar Khaled Kamel, 24, memberitahu akan melawat rumah Fuji sekiranya dia mencapai dua juta pengikut di laman YouTube.
Malah, Aisar juga berjanji akan menyediakan wang pinangan sebanyak 200 juta rupiah (RM55,480) sekiranya target tersebut dicapai sebelum tahun depan.

Komen Aisar mengundang kecama netizen Indonesia.





