TINDAKAN pelakon Bella Astillah memuat naik klip video memaparkan dirinya menangis menerusi satu babak dalam drama mengundang pelbagai reaksi netizen.
Mana tidaknya, lakonan Bella dalam rakaman itu dipuji nampak begitu realistik mengalirkan air mata ketika menjayakan babak berkenaan.
Menerusi ruangan kapsyen, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, hanya menyebut nama Puteri Sarah Liyana, seolah-olah video itu ditujukan kepada sahabat baiknya itu.
Bella dan Puteri Sarah berbalas komen.