PENYANYI dan komposer Hael Husaini tampil membersihkan nama syarikat rakamannya susulan dakwaan segelintir pihak yang menyalahkan label berkenaan atas penangguhan album terbaharunya.
Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, 39, menegaskan bahawa keputusan untuk menunda pelancaran album berkenaan adalah atas kehendak sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.
"Helo semua, penangguhan album saya adalah keputusan saya sendiri sepenuhnya. Album itu akan dilancarkan apabila tiba masa yang sesuai.
Hael nafi dakwaan pihak pengurusan menjadi punca.





