BEKAS isteri kepada Imam Muda Syed Mohd Faris Syed Roslan bersama ibunya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataan yang pernah dikeluarkan pada tahun 2020.
Nur Hidayu Rosly dan ibunya, Zainab Ibrahim mengakui kenyataan yang pernah disiarkan sebelum ini telah mengundang ketidakpuasan hati Syed Faris.
"Kami ingin memohon maaf sekiranya penerbitan kenyataan-kenyataan tersebut telah mengundang ketidakpuasan hati dan menjejaskan reputasi Syed Mohd Faris Syed Roslan, yang mana ianya telah disebar dan dipetik oleh pihak ketiga (netizen) di luar konteks dan makna sebenar " katanya dalam satu kenyataan media.

Hidayu dan ibunya membuat permohonan maaf terhadap Syed Faris.






