TAMPIL tidak berhijab dalam drama Puteri Kembang Malam yang bakal bersiaran tidak lama lagi, pelakon Fasha Sandha menegaskan tiada keperluan untuk dia menjelaskan status penampilannya itu kepada umum.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 42, berkata dia enggan memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai isu hijab kerana menganggap perkara tersebut adalah urusan peribadi antara dirinya dan keluarga.
Justeru itu, Fasha tetap dengan pendiriannya untuk mengunci mulut dan memohon agar semua pihak memberikan ruang serta tidak terus mendesaknya mengenai hal berkenaan.
Fasha berkongsi perkara itu ketika ditemui media.
Fasha bakal tampil dalam drama terbarunya iaitu Puteri Kembang Malam. 



