SELEPAS dua tahun berturut-turut mengadakan konsert bersama kumpulan Spider, vokalisnya Tam mengakui semakin petah berkomunikasi dengan peminat ketika berada di atas pentas.
Tam atau Rustam Mustafah, 52, berkata sebelum ini dia lebih selesa menyampaikan lagu berbanding berinteraksi kerana bimbang kata-katanya boleh disalah tafsir.
“Saya dapat belajar bercakap sedikit demi sedikit sebab itu memang kelemahan saya. Saya takut orang bosan kalau saya banyak bercakap, jadi saya lebih suka menyanyi,” katanya kepada mStar.

Spider bakal lakukan konsert berskala besar pada September nanti.






