TALK To My Manager membuat kejutan apabila pertandingan itu ditambah satu minggu lagi.
Perkara itu dimaklumkan oleh pengacara Datuk Aznil Nawawi yang memberitahu keputusan itu dibuat atas perbincangan setiap pengurus diwakili artis dan pihak produksi untuk peserta berentap di minggu grand finale.
"Atas persetujuan dan perbincangan daripada semua pengurus, juri-juri, pihak penaja, produksi serta sokongan penonton kami telah berbesar hati untuk menambah satu minggu lagi untuk grand finale," katanya.

Persembahan Hadie, Marsya dan Amad antara yang menjadi perhatian.






