PENCERAMAH bebas, PU Syed menegur pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay susulan pengakuan aktres itu yang selesa berpakaian seksi dalam beberapa hantaran di media sosial baru-baru ini.
Menurut Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 43, umat Islam perlu sentiasa sedar tentang hukum halal dan haram serta menilai setiap tindakan berlandaskan panduan agama.
"Terbuka atau tertutup penerimaan kamu kepada kata-kata netizen di luar sana, kamu kena ingat sebagai umat Islam, kita terikat dengan halal dan haram.

Teguran PU Syed yang dimuat naik di Instagram miliknya.





