PENYANYI Dayang Nurfaizah mempunyai perancangan untuk merangka sebuah konsert solo terbaharu buat para peminat setianya.
Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 45, bagaimanapun tidak mahu terburu-buru dan enggan ambil mudah kerana menganggap penganjuran konsert merupakan satu penanda aras yang amat penting bagi seseorang penyanyi.
“Insya-Allah ada (perancangan konsert). Doakan sebab konsert ini adalah sesuatu yang penting bagi seorang penyanyi.

Dayang mahu satu konsert yang diingati ramai.






