PELAKON Liyana Jasmay memaklumkan niatnya meluahkan hasrat ingin menjalani pembedahan wajah adalah sekadar mahu melihat reaksi netizen.
Menurut Liyana, 38, kenyataan itu dibuat hanya untuk menguji penerimaan orang ramai, sedangkan dia sebenarnya hanya mendapatkan rawatan kulit wajah di Korea Selatan.
Katanya, ia merupakan rutin tahunan yang biasa dilakukan untuk berjumpa pakar kulit dan menjalani rawatan.

Liyana sebelum ini berkongsi dirinya menerima rawatan di Korea Selatan.






