DEMI menjaga nama baik keluarga, pelakon Amir Ahnaf mengakui wujud kebimbangan untuk dia melakonkan babak panas dalam mana-mana drama atau filem.
Kata Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairuddin, 23, dia sentiasa memikirkan perasaan dan reaksi ibu bapanya yang mungkin tidak senang melihat hasil lakonan itu kelak.
“Sebenarnya saya takut untuk melakonkan babak panas kerana bimbang dimarahi keluarga. Saya masih fikir tentang keluarga kerana saya membawa nama baik mereka.
Amir memikirkan keluarga sebelum mengambil tawaran berlakon.