SERING dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan rakan penyanyi Afieq Shazwan, Wani Kayrie hanya mampu mengaminkan doa dititpkan peminat buat mereka berdua.
Wani atau Syazwani Abdullah, 24, berkata, dia menganggap perkara itu sebagai perkara baik walaupun menganggap Afieq sekadar rakan baik.
“Apabila orang doakan perkara yang baik-baik sudah tentu saya aminkan sahaja sebab kami berdua pun sudah lama kenal.






