Hiburan

Tak tegur orang, Zizie Ezette bukan sombong… Rabun tapi degil tidak mahu pakai cermin mata

MASALAH penglihatan yang dialami pelakon Datin Seri Zizie Ezette menyebabkan dia sukar mengecam wajah individu yang ditemuinya di tempat awam.

Menurut Zizie atau Zizie Ezette Abdul Samad, 47, keadaan itu sering menimbulkan salah faham apabila ada yang menganggap dia bersikap sombong kerana tidak menegur atau menyapa mereka.

“Kalau nampak saya di tempat awam dan saya tak menegur, jangan terus anggap saya sombong. Sejujurnya, penglihatan saya sangat teruk dan saya pula degil tak mahu pakai cermin mata,” katanya menerusi satu hantaran di Instastory.

Zizie tidak mahu dicop sebagai sombong.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh