PELAKON Nadia Brian mengakui pernah berkecil hati dengan sikap segelintir rakan yang dilihat seperti tidak mengambil peduli sewaktu dia dijangkiti Influenza A pada Oktober lalu.
Nadia atau Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 34, berkata perasaan itu timbul kerana dia sememangnya seorang yang sangat menghargai persahabatan dan sering memberikan sepenuh perhatian kepada rakan-rakan.
Namun begitu, Nadia berkata dia kini lebih matang dalam menguruskan emosi dan berusaha melihat situasi itu daripada sudut positif.

Perkongsian Nadia di Threads menarik perhatian ramai.






