PELAKON Anzalna Nasir terbuka berkongsi kisah dan taktik yang digunakannya bagi mengelakkan diri daripada menjadi sasaran gangguan golongan kenamaan (VIP) serta suami orang ketika masih aktif berlakon dan berstatus bujang.
Menurut Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, 38, dia mengambil pendekatan untuk sentiasa mengaku bahawa dirinya sudah mempunyai kekasih supaya tidak didekati golongan tersebut.
“Sepanjang saya jadi pelakon, saya memang pilih untuk ada teman lelaki sebab sekurang-kurangnya orang tidak berani nak kacau sangat.

Anzalna berkongsi perkara itu di halaman Threads.





