PELAKON Kamal Adli meminta individu yang memuat naik hantaran mendakwa dia gagal menjalankan kerja melakukan reviu selepas menerima bayaran RM6,000 untuk menghubunginya segera.
Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli berkata, dia juga tidak tahu menahu mengenai tawaran bayaran itu.
"Saya tidak tahu apa-apa. Suruh orang yang buat kenyataan itu cari saya. Nak borak fasal hal ini,” katanya kepada mStar.

Seorang lelaki dakwa Kamal gagal jalankan tugas selepas terima bayaran.





