TANPA berselindung, pelakon Elizabeth Tan mengakui kecewa dengan lakonannya dalam filem Pemuja Syaitan apabila merasakan persembahannya tidak mencapai tahap yang diharapkan.
Elizabeth atau Elizabeth Tan Su Mei, 32, berkata dia memilih untuk berterus terang mengenai perasaannya terhadap lakonan berkenaan tanpa cuba menyembunyikan rasa kurang puas hati.
“Saya belajar daripada setiap kerja yang saya buat. Malangnya saya tak puas hati dengan lakonan saya dalam filem ini.







