BAKAL kembali bersatu sebagai Jozan, dua pelawak Johan dan Zizan Razak tidak melihat penghasilan program podcast sebagai idea menggabungkan mereka.
Walaupun ramai mula menggunakan kaedah tersebut namun bagi Johan atau Mohammad Yazid Lim Mohd Aziz, 40, komitmen terhadap karier menyukarkan usaha itu.
“Kami tiada masalah cuma masing-masing ada komitmen dengan kerja. Jadi agak sukar untuk saya dan Zizan memberikan komitmen.

Zizan dan Johan sentiasa memberi sokongan kepada rakan-rakan yang tampil dengan program podcast.






