USAHAWAN kosmetik, Datuk Alha Alfa menunaikan janji dengan menyerahkan sebahagian hasil jualan produk miliknya kepada anak kedua pelakon Amyza Aznan yang disahkan menghidap kanser tulang.
Alha atau Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil, 36, berkata sebanyak RM20,000 berjaya dikumpulkan bagi membantu menampung kos rawatan termasuk cadangan menjalani kemoterapi di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya.
"Salam semua pengguna yang sokong pembelian set untuk kita bantu kos rawatan anak kedua kak Amyza iaitu Adrian Adam, saya dah pun sampaikan amanah ini.

Amyza bersama anaknya Adrian bersama pasukan Alha Alfa.






