USAHAWAN kontroversi, Madam Mariyah mendedahkan dia mengalami kerugian melebihi RM100,000 akibat kecuaian seorang kontraktor yang dilantik untuk menyiapkan ibu pejabat baharu.
Lebih mengecewakan, Mariyah atau nama sebenarnya Mariyah Yaakob, 51, memaklumkan kontraktor tersebut merupakan rakannya dan berstatus ibu tunggal.
“Nak kata ditipu itu, buruk sangat. Namun Madam (saya) sudah buat bayaran sebanyak RM215,000 tapi dia tidak buat kerja mengikut kehendak.

Mariyah terkilan kerana kontraktor itu merupakan rakannya.





