KEMEROSOTAN populariti genre dangdut dalam industri muzik tanah air bukan sesuatu yang mengejutkan penyanyi Amelina.
Amelina atau Norazlina Amir Sharipuddin, 52, berkata penggiat genre berkenaan sudah lama menyedari keadaan itu, namun mereka hanya mampu berharap agar dangdut kembali diberi ruang yang sewajarnya.
“Dah lama sebenarnya kita terasa tapi nak buat macam mana. Mungkinlah irama dangdut ini sudah tidak ‘in’.







