SEMPENA sambutan ulang tahun perkahwinan, pelakon Datin Intan Najuwa berkongsi kata-kata romantis sebagai tanda syukur bergelar seorang isteri,
Bertemu jodoh dengan seorang lelaki bertanggungjawab, Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, juga memberitahu suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman tidak pernah membenarkan dia melakukan kerja-kerja di rumah.
“Selamat hari ulang tahun perkahwinan yang kedua buat cinta hati saya (suami). Dari hari pertama sehingga sekarang, awak tak pernah biarkan saya buat kerja rumah, awak tak pernah buat saya rasa risau tentang perkara-perkara kecil,” katanya.

Intan (kiri) dan suami bahagia dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.





