ANGGOTA kumpulan Elite, Watie Sadali sempat mengusik rakannya, Linda Rafar mengenai pengalaman penyanyi itu dengan ahli kumpulan KRU, Edry Abdul Halim.
Menerusi sebuah video podcast yang dimuat naik di Instagram, Linda memberitahu ketika terlibat dalam sebuah penggambaran bersama kumpulan KRU dia gemar menyanyi dan Edry sering bermain gitar ketika itu.
Belum sempat Linda menghabiskan kisah bagaimana dia mula menyertai kumpulan Elite, perkongsian tersebut pantas menarik perhatian Watie apabila memberitahu momen itu cukup romantik.

Elite terdiri daripada Linda, Watie, Sasha, Abby dan Azza.






