PASANGAN selebriti, Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana memilih untuk tidak menggayakan pakaian sedondon setiap kali menyambut Aidilfitri.
Yusuf atau Muhammad Yusuf Bahrin, 34, berkata mereka hanya memakai pakaian sedondon pada tahun pertama perkahwinan, manakala selepas itu masing-masing lebih selesa memilih warna dan gaya sendiri.
“Kami tidak memakai pakaian sedondon pada hari raya. Tahun pertama perkahwinan saja sedondon, selepas itu tidak lagi.







