KOMPOSER Ajai menggalakkan para artis tempatan kembali menghasilkan album penuh atau sekurang-kurangnya EP (extended play) bagi memberi ruang kepada karya mereka dinilai secara lebih menyeluruh.
Ajai atau Mohd Faizal Maas, 51, yang juga ketua juri bagi Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) berkata penghasilan sebuah single sahaja tidak mampu untuk menggambarkan keseluruhan perjalanan dan nilai sesebuah karya muzik.
“Sekarang ini kami (juri) mahu menggalakkan artis merakamkan album penuh. Kalau bukan album penuh pun setidaknya EP.






