Hiburan

Tak menang tangan! Azmi Saat terima pelbagai tawaran selain menyanyi… “Baca doa majlis, jadi juri dan ada juga yang panggil untuk melawak“

PENYANYI Azmi Saat mengakui semakin banyak menerima tawaran kerja di luar bidang nyanyian sehingga membuatkan dia terpaksa mempertimbangkan semula peluang yang datang.

Azmi atau Khairul Azmi Muhammad Saat, 39, berkata pada awalnya dia agak keberatan untuk menerima tawaran berkenaan kerana menganggap sesetengah pekerjaan itu di luar kemampuan dan bidang yang biasa dilakukannya.

Menurutnya, antara tawaran yang diterima termasuk membaca doa dalam majlis, berkongsi pengalaman sebagai pemuzik dan individu buta, menjadi juri serta pengacara malah ada yang memintanya melawak.

Azmi pernah menjadi juri program realiti Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES2026).

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh