PENYANYI dan pelakon, Farahdhiya menegur segelintir individu yang gemar membuka aib bekas pasangan selepas berpisah atau bercerai dengan menyifatkan tindakan itu sebagai tidak matang serta tiada maruah diri.
Farahdhiya atau Nur Farahdhiya Mohd Amin, 41, berkata tindakan menceritakan keburukan bekas pasangan kepada umum bukan sahaja menunjukkan sikap tidak matang, malah mencerminkan tahap pemikiran seseorang yang kurang bijak.
"Antara tanda paling besar seseorang itu red flag adalah dia, sama ada lelaki atau perempuan, memilih untuk membuka aib bekas pasangan selepas putus cinta atau bercerai.

Perkongsian Farahdhiya di Threads miliknya.





