PELAKON Nasuha Sulaiman meluahkan rasa kecewa apabila prinsipnya untuk tidak melakonkan babak bertentangan dengan imejnya tidak dihormati oleh segelintir produksi.
Nasuha atau Wan Nasuha Wan Sulaiman, 30, berkata, sejak awal penglibatannya dalam dunia lakonan, dia sudah menetapkan batasan jelas iaitu tidak mahu melakukan aksi berpegangan yang keterlaluan.
“Memang saya bermula dengan membuat konten dan saya sudah ada imej yang sebati di mata pengikut. Imej itu memang diri saya yang sebenar, bukan dibuat-buat atau dicipta untuk agenda tertentu. Itu memang saya.

Nasuha berkongsi perkara itu ketika ditemui media.






