BUKAN sekadar cakap kosong, pelakon dan personaliti media sosial Syifa Melvin sudah membuat laporan polis terhadap individu yang menghina anaknya pada malam Isnin.
Memandang serius komen ditulis individu berkenaan, Syifa atau Nur Syifa Atirah Amirul Melvin, 30, memberitahu selepas ini dia akan ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi tindakan selanjutnya.
“Maaf lambat buat laporan polis sebab baru turun dari Bukit Tinggi, Pahang. Maaf sangat.

Syifa selesai buat laporan polis.





