PELAKON dan pengacara Raja Azura kagum apabila melihat anak-anaknya berjaya ke menara gading hasil titik peluh sendiri.
Mengimbas pengorbanannya, Raja Azura atau Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 53, berkata dia menanggung sepenuhnya kos pengajian anak-anak tanpa menggunakan pinjaman pelajaran kerana tidak mahu mereka terbeban dengan hutang selepas tamat pengajian.
"Anak-anak saya tak ambil pinjaman, semua saya bayar sendiri. Saya tak nak mereka habis belajar tapi kena tanggung hutang.

Raja Azura pentingkan pendidikan anak-anak.
"Selagi saya mampu bekerja, saya akan teruskan bayar yuran. Kalau boleh sampai peringkat master pun saya sokong sebab ilmu itu sangat penting," katanya kepada mStar.





