SIMPATI nasib menimpa saudara Islam di Palestin, personaliti media sosial Maryam You Narae tidak henti-henti mendoakan kesejahteraan mereka semasa melakukan ibadah umrah pada Mac lalu.
Cakna dengan situasi getir yang sedang berlaku, Maryam, 32, bagaimanapun berkata dia lebih selesa untuk tidak menunjuk-nunjuk sumbangan kecil yang dilakukan untuk penduduk di negara berkenaan.
“Saya sentiasa menyokong Palestin dan sering mendoakan mereka. Malah sewaktu saya melakukan umrah memang sejujurnya saya titipkan doa buat saudara Islam kita di sana.
Maryam tidak suka menunjuk kebaikan yang dilakukan.