PELAKON Daniel Fong terkilan kerana terpaksa melepaskan peluang melebarkan sayap ke luar negara hanya disebabkan kekurangannya dalam penguasaan bahasa asing.
Daniel atau nama sebenarnya Daniel Fong Weng Chuan, 32, berkata dia pernah ditawarkan untuk membintangi sebuah drama cinta di Thailand, namun terpaksa menolak kerana tidak fasih berbahasa negara itu.
“Sebenarnya sebelum ini ada satu tawaran untuk saya berlakon dalam drama Thailand, tapi saya tak boleh terima sebab tak fasih bahasa Thailand. Waktu itu masih belum belajar bahasa Thai lagi.

Daniel ikuti pelbagai kelas bahasa.






