PENYANYI Baby Shima sekali lagi menerima kecaman netizen susulan salah faham berhubung perkongsiannya di laman sosial berkait sokongan terhadap Palestin.
Tidak mudah melatah dengan kritikan itu, Shima atau Nor Ashima Ramli berkata misi sokongannya tetap sama seperti semua umat Islam yang lain iaitu mengecam tindakan rejim Zionis.
Namun dia juga ada cara tersendiri dalam menyampaikan bentuk sokongan supaya lebih ramai pengikut di media sosial mengutuk kekejaman Israel itu.
Perkongsian Shima yang menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen.