PELAKON Sharifah Haneesya menganggap luahan mengenai dirinya tidak diundang ke Festival Filem Malaysia (FFM) ke-35 sekadar perkongsian spontan selepas menyedari filem lakonannya turut tercalon pada acara berprestij itu.
Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan, 26, berkata dia tidak berasa terkilan kerana menyedari hanya memegang watak hantu tambahan dalam filem tersebut sekaligus tidak mengharapkan layanan istimewa.
"Saya cuma tengok semua orang pergi, jadi saya baru tahu yang saya tidak dijemput. Itu sahaja.

Haneesya membawakan Pamakbul dalam Malam Terlarang.






