PELAKON Bront Palarae tidak dapat menyambut Aidilfitri di Malaysia tahun ini apabila dia berlepas ke Amerika Syarikat (AS) pada Rabu untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana.
Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 48, berkata dia berangkat bersama keluarganya bagi mengikuti pengajian Pentadbiran Perniagaan Eksekutif (EMBA) di Asia School of Business.
“Saya tidak dapat berada di Malaysia kerana hari ini (semalam) saya dan keluarga bergerak ke Amerika Syarikat.







