PERTAMA kali berjauhan dalam tempoh yang lama, pelakon dan penerbit Datuk Yusry mengakui berdepan fasa sukar apabila terpaksa menahan rindu terhadap isterinya, Datin Lisa Surihani yang kini sedang menunaikan ibadah haji sejak 7 Mei lalu.
Menurut Yusry atau Yusry Abdul Halim, 53, ketiadaan Lisa memberi kesan yang cukup besar buatnya dalam menjalani rutin harian.
"Ketika ini antara fasa yang agak berat. Kadang-kadang bila sedih dan susah, kita mahu ada orang yang menyokong.

Yusry akui sukar berjauhan dengan Lisa.






