Hiburan

“Tak boleh suka-suka hantar“ – M. Nasir saran kaji kehendak pertandingan sebelum utus wakil

PENYANYI Datuk M. Nasir berpendapat pentas berprestij seperti Eurovision Song Contest Asia bukan platform untuk mencari penyanyi yang memiliki kehebatan vokal semata-mata.

Sebaliknya, M. Nasir atau Mohd Nasir Mohamed, 68, berkata pertandingan itu lebih memfokuskan kepada lagu serta persembahan yang mudah melekat di hati penonton.

"Sebenarnya kita mesti hendak tahu apa itu Eurovision dan apa yang mereka mahukan. Kalau kita hendak pergi ke sana, kita kena tahu bagaimana bentuk lagunya, persembahan dan artis macam mana yang mereka hendak.

M. Nasir akui sudah lama ikuti pertandingan asal Eurovision yang popular di Eropah.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh