HAMPIR 15 tahun melibatkan diri dalam dunia peragaan, pereka fesyen Fiziwoo mendedahkan dirinya berdepan masalah buta warna.
Fizi atau Hafizi Radzi Woo berkata dia tidak mampu melihat warna pada lampu isyarat, malah gagal membezakan warna-warna pastel lain.
“Teruknya saya punya buta warna apabila lampu isyarat saya tak boleh nak nampak. Saya tak boleh nak bezakan hijau, merah dan kuning terutama pada waktu malam.







