PENYANYI dan pelakon Amy Mastura mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia nyanyian bagi memberikan tumpuan kepada usaha mendalami ilmu agama.
Amy atau Amy Mastura Suhaimi, 55, berkata dia sedar keputusan itu bukan sesuatu yang mudah, namun percaya usaha menuntut ilmu agama perlu diutamakan ketika ini.
"Memang ada rasa nak menyanyi lagi tetapi kerana Allah, saya ambil keputusan untuk ‘bercuti’ dulu, walaupun kawan-kawan semua buat konsert tapi saya dah berniat mencari ilmu agama.

Amy mahu berehat daripada dunia nyanyian.





