PENANGAN lagu Rojak Maznah Ke Tu benar-benar memberi impak kepada kerjaya nyanyian Roslan Shah apabila single itu berjaya menduduki senarai lima lagu popular dalam carta sebuah stesen radio di Bandung, Indonesia.
Terharu dengan sambutan yang diterima, Roslan, 52, juga tidak menyangka lagu berkenaan diterima baik meskipun dia tidak pernah bertemu dengan mana-mana pihak dari stesen berkenaan.
“Segalanya bermula apabila saya menjadi tetamu di sebuah stesen radio di Batam, dari situ ramai peminat Indonesia yang mula kenal lagu saya. Kemudian saya dimaklumkan stesen radio di Bandung pula mahu lagu berkenaan untuk dimainkan.
Lagu Rojak Maznah Ke Tu terus lonjakkan nama Roslan.