KOMPOSER dan penyanyi, Ippo Hafiz memilih untuk tidak mengulas lanjut dakwaan kononnya dia tidak membenarkan isteri, Fara Roslan berjumpa anak kedua mereka iaitu Ibrahim Afi Nur.
Mahu menyelesaikan isu penjagaan anak di mahkamah, Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz, 34, berkata dia enggan menjawab mengenai perkara itu kerana bimbang membuka aib isterinya.
“Berkenaan isu anak, buat masa ini saya tidak mahu beri sebarang komen. Saya serahkan semuanya kepada mahkamah dan semoga semua urusan dipermudahkan dan lancar.
Ippo serahkan segala urusan pada mahkamah.